Bahan kek coklat..
Resipinya
Bahan A
1 cawan gula kastor..(gula pasir yg dah dikisar pun boleh)
1 cawan minyak jagung(minyak masak pun boleh)
3/4 cawan serbuk koko
3/4 cawan susu pekat manis
1 cawan susu cair
(satukan semua ini dlm periuk dan masak sekejap jer agak periuk tu panas dah ok..kacau sampai gula larut)
Bahan B
2 biji telur
1 sdt esen vanilla
(blend 2 bahan ni 2-3 mnt jer)
Bahan C
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sdt baking soda
1 sdt baking powder
Caranya
Panaskan kukusan hingga air mendidih..api sederhana perlahan..
Gris nipis loyang saiz 7@8 guna mentega dan tabur sedikit tepung(supaya kek yang dah masak x melekat pada loyang saiz bila terbalikkan nanti)
Saya guna acuan plastik saiz 6* inci..sapu mentega atau minyak dan tabur sedikit tepung..
Satukan bahan A dan bahan B..kacau sebati.. Masukkan pula bahan C..kacau sebati..
Tuang adunan ke dalam loyang@acuan..kukus 1 jam(loyang saiz 6 inci 35-40mnt)
Bahan ganache(lava volcano)
200g choc masakan
100 ml whipping cream
3/4 cawan susu cair@ susu segar
(masak secara double boiler)
Masukkan coklat compound dlm periuk..masak secara double boiler hingga mencair..masukkan whipping cream..kacau sebati..masukkan susu cair..biarkan sejuk..
Boleh curah ganache dlm lubang kek..hias ikut kreativiti..
Selamat Mencuba
Selamat Menjamu Selera
0 comments:
Post a Comment